Sunday, December 5, 2010

Cara Beli Emas

ASMA' BINTI OTHMAN 016-2539519
MOHD TAUFIK BIN PANGILUN 016-2758996

LANGKAH MUDAH UNTUK ANDA MEMILIKI EMAS

1) Pilih jenis EMAS yang anda inginkan:
Bar : 10gram,  Coin : 25 gram
Dinar : 1/2 dinar, 1 dinar ( 1 dinar= 4.25 g)

2)Semak harga SELLING emas yang berkenaan di atas atau layari website http://syeikhulmaqari.blogspot.com | http://emas-amsyiq.blogspot.com

3) LOCK harga dengan call / sms saya : 016-2539519

4) Bank-in bayaran anda di (simpan resit):
AKAUN MAYBANK ASMA' BINTI OTHMAN (162375677409)
AKAUN MAYBANK MOHD TAUFIK BIN PANGILUN (162058833267)

5) Sekarang EMAS jadi milik anda. Simpan sebaiknya dan ingat BELI EMAS dapat EMAS. Mudah kan?

6) Balik tunjuk kawan-kawan, keluarga dan jiran-jiran. Sila cadangkan mereka untuk hubungi saya.

7) Untuk Jual semula, sila rujuk harga "We Buy" dan hubungi saya.

Thursday, October 28, 2010

Teknik pelaburan

1) BELI EMAS FIZIKAL,SIMPAN DAN JUAL BILA PERLU @ KETIKA HARGA EMAS NAIK.

2)BELI EMAS SECARA KONSISTEN MENGIKUT KEMAMPUAN...contoh setiap bulan beli 1 jongkong atau setiap bulan beli satu dinar.

3)MELABUR DENGAN KAEDAH AR-RAHNU.APA ITU KAEDAH AR-RAHNU?ANDA KENA MENCUBA BARU TAHU.

Wednesday, October 27, 2010

Apa itu AR-RAHNU?

http://www.arrahnu.org/faq
1. Apakah yang dimaksudkan Ar-Rahn?

Dari segi bahasa ia bermaksud tetap. Ada juga yang memberi maksud menahan.
Dalam Bahasa Malaysia, ar-Rahn ialah gadaian yang bermaksud pinjaman wang dengan menyerahkan barang sebagai cagaran untuk tempoh tertentu (Kamus Dewan, 1993).
Dalam istilah fiqh, ar-Rahn bermaksud menjadikan sesuatu harta sebagai cagaran atau gadaian atas sesuatu hutang untuk menjamin pembayaran balik hutang tersebut.

2. Apakah yang dimaksudkan Marhun?

Marhun bermaksud barang yang digadai. Sesuatu gadaian tidak akan berlaku jika tidak wujudnya marhun atau barang yang bernilai dan boleh digadaikan. Barang yang hendak digadai ini mestilah milik sendiri dan bukan barang yang dirampas atau barang yang dipinjam kerana gadaian ke atas kedua-dua jenis barangan tersebut adalah tidak sah.

Islam menetapkan bahawa menerima marhun adalah satu rukun akad Rahn. Oleh itu gadaian tidak dikira berlaku sehingga barang yang digadaikan itu belum diterima oleh orang yang menerima gadaian


3. Apakah syarat-syarat barang gadaian?
i. Suci dari segi syara’.
ii. Barang yang hendak digadaikan perlulah barang yang boleh memberi faedah kepada manusia.
iii. Barang yang hendak digadai adalah hakmilik penggadai.
iv. Barang yang hendak digadai tersebut mestilah dimiliki dan boleh diserahkan ketika berlakunya aqad atau sighah.
v. Barang yang hendak digadaikan mestilah ditentukan harganya .
vi. Berlaku penyerahan dan penerimaan barang yang digadaikan.
4. Apakah maksud penggadai?

Penggadai (Rahin) adalah orang yang menggadaikan barangan (marhun). Gadaian tidak akan berlaku dan tidak dianggap sah jika tidak ada penggadai.

5. Apakah maksud penerima gadaian (Murtahin)?

Penerima gadaian (Murtahin) adalah orang atau pihak yang memberi pinjaman kepada penggadai atas nilai marhun yang digadaikan .

6. Apakah maksud Al Wadiah Yad Dhamanah?

Merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan. Setiap simpanan akan dikenakan upah simpan.


7. Apakah syarat-syarat penggadai dan penerima gadaian?
i. Berakal
ii. Baligh
iii. Cerdik
iv. Tidak dipaksa
v. Berkuasa penuh ke atas diri dan hartanya
8. Apakah hukum bergadai ?

Hukum bergadai adalah diharuskan. Para fuqaha bersepakat mengharuskan gadaian, sama ada dalam keadaan musafir atau tidak. Ini berbeza dengan pendapat mujahid dan Ulamak Zahiriyyah yang memandang pensyariatan secara am di dalam Al-Sunnah

Bergadai adalah sesuatu yang disyariatkan di dalam Islam sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 283.

“Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang dan memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang-orang yang memberi hutang…)”

9. Apakah perbezaan antara pajak gadai konvensional dan pajak gadai Islam?

Pajak gadai konvensional adalah pajak gadai yang menjalankan operasinya yang tidak mengikut hukum syara’. Pajak gadai konvensional berasaskan kadar faedah dan beroperasi demi keuntungan semata-mata, sementara pajak gadai Islam membawa konsep pinjaman tanpa faedah berasaskan prinsip Qard Al-Hassan, dengan tujuan perkhidmatan kepada golongan yang memerlukan bantuan. Penggadai dikenakan upah menyimpan ke atas nilai barang gadaian (marhun)

10. Apakah kelemahan pajak gadai konvensional?
i. Nilai gadaian merosot.
ii. Mengenakan kadar faedah yang berlebihan.
iii. Memberi nilai gadaian yang rendah.
iv. Tiket gadaian sukar dibaca atau difahami.
v. Mengenakan bayaran terhadap salinan tiket gadaian.
vi. Melelong gadaian bernilai lebih RM100 tanpa memberitahu penggadai.
vii. Wang lebih gadaian tidak dipulangkan.
viii. Pemberitahu upacara lelong tidak disebarkan seluasnya.
ix. Pemegang pajak gadai menuntut wang pendahuluan.
11.Apakah objektif Skim A-Rahnu diperkenalkan?
i. Menyediakan kemudahan kredit mikro kepada ummah khususnya kepada mereka yang memerlukan wang segera untuk pelbagai tujuan.
ii. Menggalakkan umat Islam melakukan gadaian mengikut syari’ah Islam dan membebaskan mereka daripada berurusan dengan sistem yang mengandungi unsur-unsur riba.
iii. Memberi kesedaran kepada penggadai bahawa Skim Ar-Rahnu ini mengenakan upah simpan yang minimum iaitu separuh daripada kadar yang dikenakan oleh kedai pajak konvensional iaitu 24 peratus.
iv. Memberi kesedaran kepada umum bahawa mereka terdedah kepada unsur-unsur penyelewengan apabila mereka melakukan gadaian di kedai-kedai pajak gadai konvensional.
12. Apakah keistimewaan Skim Ar-Rahnu sebagai Program Mikro Kredit?
i. Mekanisme pemberian kredit yang cepat (tanpa kerenah biroraksi)
ii. Kos pemberian kredit yang relatifnya murah (berbanding dengan skim-skim mikro kredit semasa)
iii. Pembayaran balik pinjaman tidak lagi merupakan masalah. (barang emas dijadikan sandaran kepada pembiayaan yang diperolehi)
iv. Menjadikan barang emas yang lebih produktif. (barang emas kini boleh dijadikan sebagai modal)
13. Apakah syarat barang gadaian?
i. Barang emas yang mempunyai mutu emas (Standard Ketulenan Emas) yang dibenarkan iaitu 999, 950, 916, 875, 835, 750.
ii. Dalam menentukan nilai marhun , batu permata tidak diambil kira dan tidak perlu dikeluarkan, hanya perlu menolak berat batu-batu berkenaan secara anggaran.
iii. Milik sendiri, pasangan, ibu bapa atau keluarga terdekat.
iv. Wujud semasa urusniaga.
v. Jumlah maksimum pinjaman adalah 60% atas nilai marhun atau maksimum RM5,000.00.
14. Apakah objektif penubuhan Sekretariat Ar-Rahnu Serantau?

Penubuhan Sekretariat Ar-Rahnu Serantau bermatlamat untuk menjadi wahana / platform (forum) peringkat serantau bagi tujuan menyelaras operasi Skim Ar-Rahnu/ Penggadaian Syariah dan membantu menyelesaikan isu berbangkit di peringkat anggota, di samping membantu dan menggalakkan pertumbuhan. Serta perkembangan perkhidmatan Program Mikro Kredit (Skim Ar-Rahnu) di kalangan anggota Sekretariat membolehkan kumpulan sasar mendapat manfaat optimum.


15. Bilakah penubuhan Sekretariat Ar-Rahnu Serantau ?

Penubuhan Sekretariat Ar-Rahnu Serantau bermula dengan resolusi yang dikeluarkan pada kemuncak Konvensyen Ar-Rahnu Serantau 2002 bersempena dengan Minggu Pembangunan Ekonomi Islam (MPEI) pada 26 hingga 31 Oktober 2002 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, Malaysia.


16. Siapakah anggota Persidangan Sekretariat Ar-Rahnu Serantau ?

Anggota-anggotanya terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam, Thailand, Singapura, Cambodia dan Timor Leste.


17. Apakah peranan anggota Sekretariat Ar-Rahnu Serantau?
i. Memberi komitmen sepenuhnya dalam usaha mencapai objektif penubuhan Sekretariat Ar-Rahnu Serantau.
ii. Mendapatkan pengiktirafan dari Kerajaan negara anggota masing-masing.
iii. Membekalkan informasi terkini dari semasa ke semasa untuk dikemaskini di dalam laman web rasmi Sekretariat dalam usaha mewujudkan jaringan komunikasi di kalangan anggota Sekretariat.
iv. Membantu institusi-institusi anggota Sekretariat dalam memaju dan memperkukuhkan pelaksanaan Pajak Gadai Islam/ Pegadaian Syariah.

Zakat Emas

Oleh webhead pada Sel, 28/07/2009 - 12:25am
Difailkan dibawah:http://zakat.com.my/zakat-emas

• Maklumat Zakat
Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.
At- Taubah; ayat 34-35

• Maklumat Zakat

Islam
Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat.

Merdeka
Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat.

Milik Sempurna
Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya.

Cukup Nisab
Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 4600 (bergantung kepada harga semasa emas)

Cukup Haul
Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.

Niat Untuk Berniaga
Syarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja.

Mengapa Wajib Membayar Zakat
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah

http://zakat.com.my/syarat-wajib-zakat

Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat = RM 150

2. Emas yang dipakai
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.

Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9

________________________________________
http://zakat.com.my/zakat-emas

Sunday, October 24, 2010

Jom Pergi Haji Dengan Dinar

Kos untuk menunaikan haji pada tahun 2006 adalah sekitar RM 10,000, ayuh kita kira bagaimana simpan dinar lebih untung.....

Tahun 2002 - 1 Dinar = RM 140.00, perlu 72 Dinar

Tahun 2003 - 1 Dinar = RM 168.00, perlu 60 Dinar

Tahun 2004 - 1 Dinar = RM 202.00, perlu 50 Dinar

Tahun 2005 - 1 Dinar = RM 242.00, perlu 42 Dinar

Tahun 2006 - 1 Dinar = RM 290.00, perlu 34 Dinar

Tahun 2007 - 1 Dinar = RM 348.00, perlu 29 Dinar

Tahun 2008 - 1 Dinar = RM 418.00, perlu 23 Dinar

Tahun 2009 - 1 Dinar = RM 502.00, perlu 20 Dinar
(kredit)
Mari start beli dan kumpul dinar emas public gold.

Hubungi pengedar sah dengan khidmat nasihat agama:
US.OTHMAN B HAMZAH (bekas imam besar masjid negeri selangor)
012-666 9362 layari http://syeikhulmaqari.blogspot.com.

JOM pergi haji...saya berazam nak pergi haji.